Sekolah Kebangsaan Taman Daya adalah merupakan antara 10 buah sekolah yang dibina bagi sesi persekolahan 1994/1995 di dalam pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru. Sekolah ini mula beroperasi pada 1 Disember 1994. Oleh kerana pembinaannya yang masih belum siap sepenuhnya menyebabkan sekolah ini terpaksa menumpang di Sekolah Kebangsaan Kangkar Tebrau. Sekolah ini mula beroperasi sepenuhnya di bangunan sendiri pada hari Jumaat 14 April 1995. Ianya terletak di Jalan Sagu 6, Taman Daya dengan keluasan lebih kurang 9.3 hektar.
Tuan Haji Abdul Rahman bin Sarmon telah diberi mandat untuk menerajui sekolah yang baru dibuka ini. Jumlah murid pada ketika itu ialah 535 orang dengan tenaga pengajarnya seramai 20 orang serta dibantu 3 orang kakitangan sekongan. Pada 10 Mac 1998, Tuan Haji Abdul Rahman bin Sarmon telah bersara dan diambil alih pula oleh Tuan Haji Samad bin Haji Mohd Salleh untuk meneruskan pentadbiran sekolah ini.
Jumlah murid sekolah ini telah bertambah dari tahun ke tahun. Pada tahun 1998, jumlah murid telah menjangkau seramai 1242 orang dengan mengikut pecahan iaitu 1073 murid melayu, 137 murid india, 19 orang murid cina dan 13 orang warga asing. Begitu juga bilangan tenaga pengajarnya yang bertambah kepada 54 orang iaitu 16 orang guru lelaki dan 38 orang guru perempuan.
Jika sebelum ini beberapa kelas telah diberikan nama mengikut nama jalan dalam perumahan Taman Daya iaitu Bertam, Nipah, Rumbia dan Sagu. Namun begitu memandangkan bilangan kelas yang semakin bertambah menyebabkan nama-nama kelas ditukarkan kepada nama lain seperti Iltizam, Bistari, Cerdas, Dedikasi, Cerdik, cemerlang, Efisyen dan Bijak.
Selaras dengan usaha kerajaan untuk mewujudkan sekolah satu sesi di negara ini, 2 buah sekolah telah dibina untuk merealisasikan cita-cita tersebut. Maka pada 1 Jun 2001 telah berlaku perpindahan murid secara besar-besaran ke sekolah yang baru dibina itu.
Pada 23 Julai 2001, Tuan Haji Abd Samad bin Haji Mohd Salleh telah menamatkan perkhidmatan perguruannya di sekolah ini dan menyebabkan tampuk pentadbiran sekolah bertukar tangan sekali lagi. Pada 1 Ogos 2001, Encik Baharudin bin Abd Wahid telah mula menerajui sekolah ini sehingga 26 Januari 2007. Di bawah kepimpinan guru besar yang baru, sekolah ini telah mencapai beberapa siri kejayaan dan kecermelangan yang telah membawa nama sekolah terkenal di daerah ini khususnya dan di negeri Johor amnya. Kemudian tempat beliau telah digantikan dengan Tuan Haji Abd Rahman bin Haji Othman pada 27 Januari 2007 sehinggalah 16 Julai 2007. Pada ketika ini, Sekolah Kebangsaan Taman Daya adalah di bawah pentadbiran Pejabat Pentadbiran Pendidikan Daerah Pasir Gudang.

Pada 17 Julai 2007, sekolah ini telah menerima guru besar yang baru iaitu Pn Norlaila bt Mohd Noh yang mana beliau merupakan pentadbir wanita yang pertama di sekolah ini dan beliau telah menukarkan nama-nama kelas kepada nama Jupiter, Neptune dan Mars. Beliau kemudian bersara pada 16 Jun 2008 dan diganti dengan pentadbiran baru Encik Tang Wai Hong pada 17 Jun 2008 sehinggalah sekarang.